assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers

RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...

disini aku ingin berkongsi resepi yang aku dapati dari website2 yang aku lungsuri,dan juga terselit beberapa resepi aku sendiri yang telah aku ubah suai sedikit, utk pengetahuan., segala masakan tidak kira darimana asalnya resepinya tetap sama, itu sama ada anda ingin menambah atau mengurangkan rempah ratusnya terpulang pada selera anda sendiri,resepi ini juga bukan hanya utk kita kaum hawa saja, malah utk kaum adam juga.. hehe..semoga resepi masakan ini dapat memberi anda idea hidangan apakah yang akan anda siapkan utk keluarga anda nanti....OK JOM!!! KONGSI RESEPI-RESEPI YANG SEDAP DAN ENAK INI..

DAGING MASAK KICAP

(nie daging masak kicap style aku selalu masak.. cuba k *smile*)



bahan-bahan:



1 kilo daging

1 biji bawang besar ] blender

4 ulas bawang putih]

2 inci halia]

1 btg serai -dititik

1 sudu ketumbar]

1 sudu jintan manis]

10 tangkai cili kering ] (kalau nak gunakan cili powder pun bleh beb..)

5 biji kentang - digoreng dahulu

2 ikat suun - direndam

1 btg kayu manis

1 biji bunga lawang

3biji bunga cengkih

3 biji buah pala

2 biji bawang besar - dihiris bulat (utk hiasan)

1 botol kecil kicap manis -cap kipas

1/2 cawan kicap masin - cap kipas

2 biji tomato - dipotong 4 (utk hiasan)

cara-caranya:



panaskan minyak. tumis bahan blender. masok kan campuran kayu manis .tumis sampai sedikit garing. masok kan daging didihkan sampai empok barulah dituangkan 2 jenis kicap tadi didihkan sebentar dan akhr sekali masok kan kentang goreng, bawang hiris , tomato dgn suun tadi masak 5 minit baru di angkat dan hidangkan.

SAMBAL DAGING

(sambal daging cara aku masak.....)


bahan-bahan:


½ kg Daging

1 ulas bawang besar (dihiris)

1 cawan air asam jawa

Garam dan gula (secukup rasa)

Minyak (untuk menumis)


Bahan dikisar:

9-11 keping cili kering

2 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

1 ½ inci halia

1 inci belacan


cara-caranya:


1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau. 3. Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu hingga daging masak. 4. Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan bawang besar. 5. Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat

DAGING BLACK PEPPER

( nie daging black pepper yg selalu aku masak veri e' simple...)


bahan-bahan:


Daging - Direbus dan hiris nipis

½ cawan kicap pekat

¼ cawan sos tiram

3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar

1 mangkuk air asam jawa

1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris

5 ulas bawang merah - hiris

1 inci halia - hiris

1 labu (capcicum) merah dan hijau - potong memanjang

1 batang salary - potong memanjang

1 labu bawang besar - potong kiub

1 btg daun bawang


cara-caranya:


Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat. Sedia untuk dihidang.

KARI DAGING

( kari daging/ayam mmg faveret aku so nie resepi yg selalu aku masak utk keluarga dirumah setiap lauk kari yg aku masak mesti ada carrot lau korg perasan hehe.. baik utk mata beb..melainkan kari ikan aje ok..)


Bahan-bahan:


1 kilo daging


1 biji bawang merah - dihiris


2 tangkai cili merah/hijau - dihiris


5 ulas bawang putih } blender


2 inci halia } blender


1 sudu rempah kari ikan


4 sudu rempah kari daging


1 sudu biji sawi


2 tangkai daun kari


2 sudu cili powder


1 cawan air asam


3 biji limau kasturi


1 sudu ketumbar }blender


1 sudu jintan manis }blender


1 kotak santan kara


5 biji kentang


2 btg carrot

cara-cara memasak:

1. panaskan minyak. 2 tumiskan bawang dan cili yg t'lah dihiris bersama daun kari. 3 masokkan biji sawi bersama bahan blender tadi, dan tumis sehingga naik aromanya. 4 masok kan rempah kari ikan dan daging selepas itu gaul sampai rata dan didihkan sebentar sblom masok kan ayam 5. masok kan ayam bersama kentang dan carrot tadi dan tutup sebentar sehingga masak baru dituangkan santan selepas itu didihkan seketika (jgn sampai pecah santan pulak k..) sblom tutup api.

BEEF STEAK


Bahan-bahan:


500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]

1 s/b kicap pekat

1 s/k madu/gula

1 s/b sos plum


Bahan kisar:


1 s/k lada hitam

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang

1 batang serai

1 inci halia


SOS LADA HITAM :


1 s/b lada hitam

1 s/b tepung jagung ]

1 cawan air ] bancuhkan

1 s/b sos tomato1 s/b kicap pekat


Cara Memasak:


1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.5. Angkat daging dan sediakan sos.


SOS LADA HITAM:


1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

RENDANG TOK

(..ok nie aku pe faveret rendang... power giler beb....cuba argh!! )



Bahan-bahan:


1 kg daging [potong sebesar 3 inci]

2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]

1/2 cawan kerisik

3 s/b gula merah

3 keping asam keping

Daun kunyit [koyakkan]

garam


Bahan mesin:


2 s/b ketumbar

1 s/b jintan manis

1 s/b jintan putih

1 s/b lada hitam

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

25 biji cili kering

20 biji bawang merah

5 cm halia

5 batang serai

3 cm lengkuas


Cara Memasak:


1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]5. Hidangkan.

DAGING MASAK LADA HITAM


Bahan-bahan:


500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]

2 s/b kicap pekat

2 s/b tepung jagung ] bancuh

1 cawan air ]

2 s/b lada hitam [tumbuk]

3 s/b minyak untuk menumis

garam secukup rasa...


bahan tumis:


[mayangkan/hiriskan]5 ulas bawang merah/kecil

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 labu bawang besar


bahan hiasan:


2 tangkai daun sup ]

2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci

1 biji tomato [belah 6]

2 biji cili merah

2 biji cili hijau


Cara Memasak:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

KERUTUP DAGING


Bahan-bahan:


1 kg daging

1 biji kelapa [3 cawan santan]

3 s/b kerisik

[1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]

3 s/b rempah kerutub

2 s/b gula merah1 inci kulit kayu manis

3 s/b minyak

1/2 cawan air asam jawa

garam


Bahan Mesin:


15 tangkai cili kering

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

3 cm lengkuas


Cara Memasak:


1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.5. Masukkan daging dan kacau rata.6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.

AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahan:

1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerinminyak
garam

Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:


3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]

Kentang goreng

3 helai daun salad

1 jagung rebus [potong 3]

1 biji tomato [hiris ]


Bahan Perap:



1 s/b sos tiram

1 s/k cili mesin

1 s/k serbuk lada hitam

1 s/b minyak


SOS LADA HITAM :


1 bawang besar [didadu]

2 bawang putih [dicincang]

4-5 sudu besar lada hitam [kisar]

2 sudu besar tomato sos

2 sudu besar kicap

1 cawan air rebusan tulang ayam/daging

1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis


SOS CENDAWAN:


1 bawang besar [didadu]

2 bawang putih [dicincang]

1 sudu besar serbuk lada sulah

1 sudu besar lada hitam

1 tin mushroom sup

1/2 cawan mushroom [cincang halus]

1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging

1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis


Cara Memasak:


1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam

2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.

3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.


SOS LADA HITAM:


1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.

2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.

3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.

4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki.

5. Perisakan garam dan gula secukup rasa.

6. Hidangkan bersama ayam atau ayam.


SOS CENDAWAN:


1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.

2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam

3.Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.

4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendakiperisakan garam n gula secukup rasa.

5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SUP AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 btg serai [ketukkan]
garam bawang goreng

Bahan tumbuk :

7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis :

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara Memasak:

1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan mendidih sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

HATI AYAM GORENG


Bahan-bahan:


500 hati ayam

5 s/b minyak

1 s/k kunyit

1 s/k garam

3 biji limau kasturi [ambil jusnya]

1 pokok daun bawang [potong pendek]

Bahan hiris 1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

5 tangkai cili api

3 ulas bawang putih

3 cm halia


Cara Memasak:


1. Hati ayam dibersihkan dan toskan kering.

Gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam.

Biarkan sehingga masak.

3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris.

Kacau rata.

4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata.

5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.

KERUTUP AYAM


Bahan-bahan:


1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]

2 s/b rempah kari ] dibancuh

2 s/b rempah kurma ]

2 cawan santan1

s/b gula merah

1 s/b kerisek

3 s/b minyak untuk menumis Bahan kisar..

100 gm bawang merah goreng

2 biji buah keras

2 cm halia

2 cm lengkuas

3 batang serai

5 ulas bawang merah

3 ulas baswang putih


Cara Memasak:


1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.

2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan.

Biarkan sehingga mendideh

4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.

5. Pastikan kacau sekali sekala.

6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

AYAM MASAK KICAP

( resepi ayam masak kicap style aku nie korg bleh gantikan dgn ikan gak k cuma bezanya aku suke campur sedikit rempah kari ikan dgn ketumbar ianya akan menambahkan rasa dan aroma masak kicap nie.. selamat mencuba... *winkz* )


Bahan-bahan:


1 ekor ayam dipotong 12 - digoreng sebentar

4 biji bawang putih

2 biji bawang besar - 1 biji dihiris

2 inc halia

10 tangkai cili kering

2 sudu lada hitam

1 btg kayu manis

1 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih

3 biji pala

1 btg serai - dititk

200ml kicap manis

100ml kicap masin

4 biji kentang dipotong memanjang - digoreng dahulu


cara-caranya:


panaskan minyak masak dan tumiskan campuran kayu manis dgn serai .. selama 1 minit dan tuangkan pulak bahan2 blender tadi tumis sehingga naik aroma, selepas itu masok kan kicap manis dan masin didihkan ianye selama 5 minit dan barulah dimasok kan ayam masak sebentar dan akhir sekali masok kan kentang goreng tadi

AYAM MASAK DARK SOYA SOY ALA CINA

(resepi nie selain ayam korg bleh gantikan dgn mempedal atau hati ayam.. sedap beb!! korg try lah ok.. *smile*)

Bahan A:


1/2 ekor ayam - potong kecil2 - lumur garam kunyit


Bahan yang dikisar/tumbuk A:


2 cb cili kisar
3-4 ulas bwg putih
3-4 ulas bwg merah
2 cm halia


1 sudu kicap pekat (dark soya soy)

2 sudu kicap manis

2 oyster sauce


Bahan B:



Air secukupnya
Air asam jawa secukup rasa
Garam serta pepper powder
1 lada banggala hijau - dipotong dadu
2-3 biji kentang - potong ikut suka - goreng
Daun bawang - hiris halus



Cara membuat:


Ayam digoreng hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.
Kecilkan api kemudian masukkan bahan2 perasa, kicap pekat dan ( kalau suke pedas korg bleh taruk kan lada padi ) Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam masak hingga kuah menjadi pekat dan hitam baru lah masok kan bawang banggala serta kentang goreng. Kacau hingga sebati.
Padam api, masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun bawang.

KARI AYAM..( resepi aku sendiri beb.. cuba lah sungguh ringkas.com aje.. )

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong belah 12

1 biji bawang besar - dihiris

2 tqangkai cili hijau dan merah - dihiris

5 ulas bawang putih } blender

1 ibu jari halia } blender

5 sudu rempah kari ayam

2 sudu rempah kari ikan

2 sudu cili power

1 btg kayu manis

2 biji buah lawang

2 tangkai daun kari

2 genggam asam jawa

3 biji limau kasturi

1 kotak s'tgh santan kara

4 biji kentang dipotong 4

2 btg carrot dipotong 4

2 biji tomato dibelah 4

3 sudu minyak makan

2 sudu minyak ghee

cara-caranya;

panaskan minyak masak bersama minyak ghee,masok kan daun kari bawang besar dan cili merah hijau yg tlah dihiris tadi dan masok kan pes halia and bawang putih tumis hingga naik bau aroma pes lepas 3 minit masok kan rempah kari yg tlah dicairkan bersama air asam jawa, tunggu ia mendidih dan baru lah dimasokkan ayam, setelah ayam masak, akhir sekali masok kan kentang dgn carrot tadi masak lagi 5 minit baru lah dimasok kan santan tunggu sampai ia mendidih..( tapi jgn sampai pecah santan agak2 korg ar ok..) selamat mencuba resepi aku.. *smile*








AYAM MASAK ALA CINA KUNG PAO

Bahan-bahan:


600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam
Cara membuatnya:


isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan-bahan B:


100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
garam - kalau perlu


cara membuatnya:


Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
Bila kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api .

SUP AYAM PEKAT ( aku dah try nie recipe..sape2 yg tk suka makan pedas bleh try nie power beb..)


Bahan-bahan:


500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] blender
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...


Cara membuatnya:


Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
Hidangkan dengan nasi or roti.

AYAM MASAK ASAM PEDAS ( aku pe faveret siot yummy...)

Bahan-bahannya: 1 ekor ayam goreng


10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

15 tangkai cili kering

1" halia

1" kunyit hidup

1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)

belacan sebesar ibu jari

buah keras - kalau nak pekat

2 batang serai

1 ikat daun kesum @ daun limau purut

1 cawan air asam jawa

2 biji tomato

10 btg kacang bendi

3 biji limau kasturi


Cara-caranya:


Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak. Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit masukkan ayam, daun kesum dan garam. Masukkan tomato dan kacang bende.

AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahannya:


1 ekor ayam, dipotong kecil

2 sudu makan pes halia

2 sudu makan pes bawang putih

2 sudu makan serbuk ketumbar

1/2 sudu makan serbuk jintan halus

kunyit serbuk secukupnya

garam secukup rasa


Cara-caranya:


Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing. Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

AYAM GORENG BERIANI

Bahan-bahannya:



1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam

5 sudu besar pes halia dan bawang putih

1 biji telur

5 sudu besar serbuk cili

sedikit serbuk ketumbar

sedikit serbuk jintan manis

garam secukup rasa

tepung beras secukupnya



Cara-caranya :



Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya. Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.



Nota:



Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.

AyAM MASAK LADA HITAM

Bahan-bahannya:


1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12

2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Garam secukup rasa


Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam:


4 sudu makan kerisik putih

1 sudu makan lada serbuk

1½ sudu teh serbuk jintan halus

1½ sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu teh kunyit serbuk

3 biji bawang besar, dihiris halus

3 biji tomato, didadu

1 jari kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

4 biji buah pelaga

3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih

1 pelepah daun ketumbar, dirampai

Garam secukup rasa

1 sudu teh gula

1 cawan minyak kanola

Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

4 sudu kicap manis cap kipas


Cara-caranya:


Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit garam dan kicap manis Tuang ½ cawan air.
Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit. Enak disajikan dengan
sebarang nasi mahu pun roti.

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahanya:

1 ekor ayam

1 liter santan

3 biji tomato dibelah dua

1 batang serai dititik

1 helai daun kunyit disiat empat

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar:

10 batang cili padi merah

10 batang cili padi hijau

3 biji bawang besar

1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

Cara-caranya:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
sebatang serai-diketuk
1 biji tomato-dibelah 4
sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
daun ketumbar
garam dan serbuk perasa
gula secukup rasa

Cara membuat:

Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
Tumis kayu manis dgn bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender. Bila lada sudah garing, masukkan air secukupnya.
Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

relax 1 corner