assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers

RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...

disini aku ingin berkongsi resepi yang aku dapati dari website2 yang aku lungsuri,dan juga terselit beberapa resepi aku sendiri yang telah aku ubah suai sedikit, utk pengetahuan., segala masakan tidak kira darimana asalnya resepinya tetap sama, itu sama ada anda ingin menambah atau mengurangkan rempah ratusnya terpulang pada selera anda sendiri,resepi ini juga bukan hanya utk kita kaum hawa saja, malah utk kaum adam juga.. hehe..semoga resepi masakan ini dapat memberi anda idea hidangan apakah yang akan anda siapkan utk keluarga anda nanti....OK JOM!!! KONGSI RESEPI-RESEPI YANG SEDAP DAN ENAK INI..

AYAM MASAK KICAP

( resepi ayam masak kicap style aku nie korg bleh gantikan dgn ikan gak k cuma bezanya aku suke campur sedikit rempah kari ikan dgn ketumbar ianya akan menambahkan rasa dan aroma masak kicap nie.. selamat mencuba... *winkz* )


Bahan-bahan:


1 ekor ayam dipotong 12 - digoreng sebentar

4 biji bawang putih

2 biji bawang besar - 1 biji dihiris

2 inc halia

10 tangkai cili kering

2 sudu lada hitam

1 btg kayu manis

1 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih

3 biji pala

1 btg serai - dititk

200ml kicap manis

100ml kicap masin

4 biji kentang dipotong memanjang - digoreng dahulu


cara-caranya:


panaskan minyak masak dan tumiskan campuran kayu manis dgn serai .. selama 1 minit dan tuangkan pulak bahan2 blender tadi tumis sehingga naik aroma, selepas itu masok kan kicap manis dan masin didihkan ianye selama 5 minit dan barulah dimasok kan ayam masak sebentar dan akhir sekali masok kan kentang goreng tadi

relax 1 corner