assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers

RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...

disini aku ingin berkongsi resepi yang aku dapati dari website2 yang aku lungsuri,dan juga terselit beberapa resepi aku sendiri yang telah aku ubah suai sedikit, utk pengetahuan., segala masakan tidak kira darimana asalnya resepinya tetap sama, itu sama ada anda ingin menambah atau mengurangkan rempah ratusnya terpulang pada selera anda sendiri,resepi ini juga bukan hanya utk kita kaum hawa saja, malah utk kaum adam juga.. hehe..semoga resepi masakan ini dapat memberi anda idea hidangan apakah yang akan anda siapkan utk keluarga anda nanti....OK JOM!!! KONGSI RESEPI-RESEPI YANG SEDAP DAN ENAK INI..

MEE REBUS

Resepi mee rebus style aku masak selalu cuma aku tambahkan isi ayam sikit utk menambahkan selera.. cuba lah ok..

bahan-bahan A:

1 mangkuk udang geragau

Beberapa biji bawang besar (di kisar)

Beberapa ulas bawang putih

2 sudu mkn udang kering

10 batang lada kering (di rendam dan kemudian di kisar halus)

1 senduk tauchu (di cuci bersih setengah bahagian di kisar)

1 senduk rempah kari daging

Sedikit garam

gula dan ajinomoto

bahan-bahan B:

1 kilo mee kuning

30 sen taugeh

30 sen daun sop/bawang

1 mangkok kecil bawang goreng

sedikit isi ayam

Cara nya:

Tumiskah bahan-bahan yang telah di kisar halus tadi kedalam periuk semasa minyak nya benar-benar panas, kacau bahan-bahan ini hingga naik baunya.Masukkan tauchu, udang geragau yang di sangai tadi kedalam periuk tersebut, kacau lagi hingga rata serta menjadi satu. Kemudian masukkan rempah kari yang di campurkan dengan sedikit air. Kacau rata-rata sehingga semuanya menjadi satu.Akhir sekali masukkan air asam secukupnya, garam, gula dan ajinomoto kedalam periuk tersebut dan kacau lagi hingga rata serta mendidih kemudian barulah di masukkan air dari tepung jagung tadi kedalam periuk tersebut, kacau rata-rata hingga mendidih dah tunggulah sebentar sehingga ia masak dan pekat.

relax 1 corner