assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers

RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...

disini aku ingin berkongsi resepi yang aku dapati dari website2 yang aku lungsuri,dan juga terselit beberapa resepi aku sendiri yang telah aku ubah suai sedikit, utk pengetahuan., segala masakan tidak kira darimana asalnya resepinya tetap sama, itu sama ada anda ingin menambah atau mengurangkan rempah ratusnya terpulang pada selera anda sendiri,resepi ini juga bukan hanya utk kita kaum hawa saja, malah utk kaum adam juga.. hehe..semoga resepi masakan ini dapat memberi anda idea hidangan apakah yang akan anda siapkan utk keluarga anda nanti....OK JOM!!! KONGSI RESEPI-RESEPI YANG SEDAP DAN ENAK INI..

SAMBAL KERANG


Bahan-bahan:


1 kilo kerang [kukus dan ambil isi sahaja]

1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]

1/2 cawan jus asam jawa

3 s/b sos tomato

garam

gula

minyak


Bahan kisar:


20 biji cili kering

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm belacan

Cara Memasak:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.3. Masukkan gula dan garm, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.4. Masukkan kerang dan bawang besar. Kacau rata.5. Biarkan sebentar supaya bawang agak layu dan tutup api.6. Hidangkan dengan nasi biasa/nasi lemak atau mee kari.

relax 1 corner