assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers

RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...

disini aku ingin berkongsi resepi yang aku dapati dari website2 yang aku lungsuri,dan juga terselit beberapa resepi aku sendiri yang telah aku ubah suai sedikit, utk pengetahuan., segala masakan tidak kira darimana asalnya resepinya tetap sama, itu sama ada anda ingin menambah atau mengurangkan rempah ratusnya terpulang pada selera anda sendiri,resepi ini juga bukan hanya utk kita kaum hawa saja, malah utk kaum adam juga.. hehe..semoga resepi masakan ini dapat memberi anda idea hidangan apakah yang akan anda siapkan utk keluarga anda nanti....OK JOM!!! KONGSI RESEPI-RESEPI YANG SEDAP DAN ENAK INI..

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya:

½ kg daging/ tetel, direbus, dipotong dadu dan digoreng
½ kg paru, direbus, dipotong dadu dan digoreng
10 batang lada merah, dihiris dan digoreng
10 batang lada hijau, dihiris dan digoreng
10 ulas bawang putih, dihiris dan digoreng
5 tangkai lada kering, digunting serong tipis dan digoreng sekejap
2 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
½ cawan lada kering yang telah dikisar
1 biji kelapa dijadikan -1 mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa


2 inci belacan
2 cawan bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis

Cara membuat:

Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis lada kisar dan masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis sehingga naik bau dan garing.
Masukkan santan cair yang telah ditapis dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Masukkan daging dan paru yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng dan akhir sekali bawang goreng.
Masak sehingga kuahnya mendidih dan memekat sedikit menyerap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata.
Padamkan api dan lauk sedia untuk dihidang.


relax 1 corner