assalammualaikum welcome to my food paradise blogs viewers
RESEPI MASAKAN UTK DIKONGSI BERSAMA...
NANGKA MASAK LEMAK
600 g nangka muda dipotong kecil-kecil
1 1/2 biji kelapa parut di perah
450 ml santan pekat
600 ml santan cair
300 g udang hidup, dibuang kulit atau ikan kurau kering
4 helai daun salam
3 keping asam gelugur
2 cm lengkuas dititik
1 batang serai dititk
garam secukup rasa
125 ml minyak kacang
BAHAN-BAHAN:
(a)(Digiling halus)12 biji lada merah, boleh juga dicampur dengan cili padi10 biji bawang merah4 ulas bawang putih2 cm haliaCARA-CARA1. Rebuskan nangka hingga empuk dan toskan2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan (a) bersama lengkuas dan serai. Biarkan hingga berbau wangi dan masukkan udang dan santan cair. Kacau dan bubuhkan pula nagka, daun salam dan asam gelugur. Biarkan hingga mendidih.3. Campurkan santan pekat, kacau dan masaklah hingga pecah minyak.
SERUNDING PARU
bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut muda - dibuang kulit
2 helai daun kunyit - dihiris
100g paru - direbus
bahan kisar:
10 tangkai cili kering
1 sdt jintan manis
1 sdm ketumbar
3 btg serai
5 ulas bwg merah
2 sdm udang kering
3cm kunyit hidup
2 sdm minyak masak
garam secukup rasa dan gula
cara-caranya:
tumis bahan kisar hingga wangi. masokkan garam dan gula taburkan hirisan daun kunyit dan paru gaul sebati. setelah itu pindahkan bahan lauk tadi tunggu sampai sejuk sedikit, setelah itu dimasokkan kelapa parut tadi dan gaul hingga sebati, selepas itu di sangar kembali ke dlm kuali hingga kelapa btul2 kering.
KUAH LONTONG
bahan-bahan:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 kiub stock ikan bilis
sedikit belacan - jika suka
2 sk jintan kasar - sangar
2sdm ketumbar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam/limau purut
1/2 jari lengkuas - diketuk
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
2 ikat su'un - direndam
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis
bahan hiasan:
sambal telur
serunding
paru goreng
cara-caranya:
Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
hiaskan kuah bersama lontong paru sambal telur dan serunding.

KEEMA
500g daging cincang
2 biji bawang besar -didadu kecil
2 biji tomato - didadu kecil
2 biji kentang -didadu kecil
2 sdm paste halia dan bawang putih
150g kacang peas
1 kuntum bunga lawang
2 btg kayu manis
2 sdm rempah kari daging
1 sdm serbuk lada sulah
1sdt garam masalah 1 ikat hirisan daun ketumbar
1 cawan minyak canola
cara-caranya:
pansakan minya tumis bawang besar yg telah didadu sehingga wangi dan kuning campurkan paste bawang putih/halia tomato dan kacau rata. masokkan pula lada serbuk rempah kari daging dan serbuk kunyit tumis selama 5 minit. campurkan daging cincang garam dan selepas itu masokkan pula kentang dan 300 ml air masak lagi selama 10 minit masokkan kacang peas garam masalah daunketumbar enak dihidangkan dgn roti nan, capati atau roti perancis.
KACANG PHOOL
1 sdm minyak sapi
stgh cwn minyak sayur
200g daging cincang - sangai sampai kering
2 sdm rempah kari daging
1 tin kacang phool
1 tin kidney bean
1 biji bawang besar ]blend
3 ulas bawang putih ]
2 sm halia ]
1 sdm udang kering]
5 tangkai cili kering]
bahan hiasan:
1 biji bawang besar
6 biji telur mata lembu
10 btg lada hijau
sedikit limau kasturi
cara-caranya:
1.tumis bahan kisar dan rempah kari.
2.setengah daripada kacang phool dan kidney dokisar halus dan setengah dipecah2kan saja.
3.kemudian masokkan daging cincang dan sedikit air klau perlu.
4.akhir sekali masokkan garam dan perasa.

GADO-GADO
1 ikat kacang panjang ]celur
1 labu gobis ]
1 labu kecil labu siam]
1 mgkok taugeh]
19 biji telur
5 ulas bawang putih
1 paket keropok beninjau
4 keping tauhu ]goreng dan potong dadu
2 inci belacan -dibakar
bawang merah
daun limau purut
10 tangkai cili padi - kalau nak pedas
1 cawan kacang tanah] digoreng
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
cara-caranya:
masokkan bawang putih,belacan,beg merah.cili padi,daun limau,kacang tanah,santan garam dan gula kedlm mangkok.
kemudian kisar dan gaul rata.
bubuh taugeh, kacang panjang. kobis, labu siam,telur dan tauhu ke dlm pingggan.
tuangkan sos tadi dan taruh keropok belinjau diatasnya.
KUAH RAWON
bahan-bahan:
1 kilo daging tetel- direbus bersama 3 liter air dgn sedikit garam sehingga empuk kemudian ketepikan bersama stocknya.
bahan kisar:
200g buah keluak
1 sdt ketumbar biji
1 sdt jintan kasar
1 sdt jintan halus
6 biji buah keras
10 biji lada kering
2 btg serai
1 inci lengkuas
6 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
12 biji bawang merah
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
4 helai daun salam
garam secukup rasa
cara-caranya:
tumis rempah kisar dan perlu dibalik2kan dan kacau rata. tumis sehingga garing dan naik minyak. masokkan daun limau dan daun salam.gaul lagi. barulah dimasokkan daging bersama air rebusan sekali. masokkan asam keping dan sedikit garam. biaran sehingga mendidih atau sehingga dagingnya empuk. setelah mendidih rasa kuahnya jika ada yang kurang tambah enak disajikan dgn nasi putih berserta lauk pauk lain seperti bagedil, sambal belacan paru goreng tempeh serta sambal goreng.
SUP TULANG
sup tulang nie sedap klau makan dgn roti perancis beb.. *smile*
Bahan untuk Stock:
2 kilo Tulang Kambing
3 batang seleri
3 inci halia
3 biji bawang besar
1 batang lobak merah
3 butir telor ayam
Bahan Kisar:
5 ulas bawang putih
2 inci halia muda
50 gram lada kering
30 gram lada padi
30 gram lada merah
3 sudu teh lada sulah
2 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh ketumbar
cara-caranya:
1. Rebus tulang dengan halia, seleri, bawang besar dan lobak merah kira-kira 2 jam setengah.
2. Asingkan tulang.
3. Lecek bawang, seleri dan lobak merah di mikro-processor atau blender.
4. Tumis bahan kisar hingga harum.
5. Campur stok dan bahan lecek tadi.
6. Bila mendidih, campurkan tulang tadi.Biarkan di rebus selama 10 minit.
7. Kemudian tambah telur dan gaul supaya telur pecah kuning di dalam sup.
8. Biar mendidh selama 10 minit
9.Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.
KENTANG TELUR
6 biji ubi kentang
10 biji telur
2 sdm bawang putih - ] dikisar
2 inci halia -]
100g daging lembu cincang
4 biji bawang besar - dihiris
daun sop/bwg
bawang goreng
1 sdt lada sulah
cara-caranya:
1.tumis bahan kisar sebenar hingga naik bau.
2.masokkan daging cincang tadi masak hingga sedikit garing.
3.stelah itu masokkan kentang rebus yg telah dipotong dadu bersama telur dan lada sulah.
4.akhir sekali tabungkan bawang goreng serta daun sup bwg tadi lalu dihidangkan panas2.
SAMBAL IKAN BERLADO
1 kilo ikan bawal hitam atau ikan selar besar - digoreng sedikit garing
20 biji lada merah ] kisar
10 biji cili padi - kalau nak pedas]
15 biji bawang merah]
5 biji bawang putih]
3 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut - dihiris
1 btg serai - dititik
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
cara-caranya:
1. tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
2.masokkan daun limau tadi dan gaul sebentar.
3.masokkan ikan jgn gaul perlahan-lahan.
4.setelah masak angkat dan hidangkan atas pinggang dan perahkan limau kasturi diatasnya.
BUBUR OAT DAGING
bahan-bahan:
1 cawan oat
$2 daging kambing/ lembu - dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu.
stgh cawan santan
4 cawan air rebusan daging
2 sdm rempah sup
2 sdm mainyak sayur
stgh sdt serbuk lada putih
1 btg daun ketumbar - dihiris
bahan kisar:
2 biji bwang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ulas bawang merah
bahan hiasan:
bawang goreng
daun sup/bawang
telur dadar
cara-caranya:
1. tumis bahan kisar hingga layu dan wangi.
2.masokkan daging dan air rebusan didihkan.
3.bila mendidih masokkan oat, kacau dan biarkan hingga kembang sebentar.
4.setelah itu masokkan santan garam dan daun ketumbar masak lagi selama 5 minit dan padamkan api akhir sekali hiasan kan dgn bahan hiasan tadi.
MEE GORENG
bahan-bahan kisar:
2 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 sdm udang kering
1 sdm udang geragau
1 sdu makan ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 sdm kicap manis
100 ml air suam (kalau nak mee sedikit basah.)
bahan lain:
1 kilo mee kuning
taugeh
sawi
daun sop/bawang
2 biji tomato
4 keping fish cake
1 mangkok daging
1 mangkok udang
4 biji limau kasturi
cara-caranya:
1.panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga sedikit garing.
2.masokkan daging masak hingga empuk selama 10 minit dan akhir sekali masokkan fish cake dan udang.
3.masokkan sayur sawi taugeh gaul rata sehingga sedikit layu barulah dimasokkan mee kuning tadi dan hiaskan dgn limau kasturi.



AYAM MASAK BALI
bahan-bahan kisar:
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 sm halia
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 btg serai
10btg cili padi
3btg cili merah
2 inci belacan
4 tomato
bahan-bahan:
4 potong ayam
1 cawan santan pekat
1 sdt kicap manis
1 sdm gula
cara-caranya:
1.panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2.masokkan ayam dan sabtan, masak selama 15 minit.
3.masukkan kicap manis, gula dan jus limau dan masak hingga pekat sedikit
4.dan bleh dihidangkan bersama nasi putih.
ROTI JALA
SAMBAL TELUR
SAMBAL GORENG KICAP
bahan rebusan:
$2 daging lembu
$2 hati lembu
$2 paru
$5 udang
bahan-bahan:
2 biji bwg besar ] hiris
8 biji bwg merah }blend
5 biji bwg putih }
1 ibu jari halia }
stgh jari lengkuas}
1 btg serai ]
10 tgk cili kering}
1 inci belacan}
1 cawan asam jawa
1 cawan santan
2 btg cili hijau/merah]
1 botol kicap manis
sedikit gula dan garam secukup rasa
2 utas daun limau purut
cara-caranya:
tumiskan bahan2 blend hingga garing dan naik bau, masokkan bahan2 rebusan gaul hingga rata masokkan gula, kicap dan garam, masak lagi hingga sebati.
NASI MINYAK
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan] 2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]
Bahan hiasan:
bawang goreng daun bawang [mayang]
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
NASI LEMAK
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam
Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam n gula
Bahan sampingan lain :
Ikan bilis goreng, ayam grg, fish cake, telur dada dan timun.
cara-caranya:
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat
LEMAK TENGGIRI NENAS
nenas - kupas & potong ikut suka
isi ikan tenggiri - potong kiub & rendam sekejap.
cili padi
blend bwg merah
blend bwg putih
blend kunyit hidup
blend lengkuas
blend belacan
2 helai daun limau purut
1 btg seraisantan secukupnya
garam & perasa
Cara2:
Jerang santan dlm periuk bersama bahan2 yang diblend. -Masukkan sekali nenas dan ikan tenggiri biarkan mendidih sambil gulai dikacau2 selalu utk mengelakkan dari santan meruap & jd berbintil2. -Masukkan perasa. Sebaiknya dirasa dahulu kuahnya sebelum di masukkan garam sebab ikan talang akan mengeluarkan rasa masinnya. -Bila dah agak2 masak bolehlah ditutupkan apinya
LEMAK PUCUK UBI
bahan-bahan:
Secekak pucuk ubi/turi – lurutkan daunnya dan petik pucuk yg muda
1 ketul keledek kuning – kopek dan potong kiub sederhana
santan secukupnya
1 cawan kacang hijau (rebus stgh masak)
1 biji bwg besar – belah 8
2 biji cili merah – belah 2
segengam ikan bilis yg telah dibersihkan garam & perasa secukupnya
Cara2nya:
Masukkan semua bahan kecuali pucuk geti ( pucuk ubi nie kena rebus dulu utk buang geta). Masak hingga keledek separuh empuk. Dikacau selalu supaya santan tidak membuak dan berketul2.Kemudian masukkan pucuk geti dan biarkan hingga masak dan keledek empuk. Rasakan garamnya dan bolehlah dihidang.

KERABU MANGGA
2 biji mangga muda – diracik halus/ disagat
1 btg carrot – disagat halus
1 biji bwg besar – belah 2
6 biji cili padi – hiris halus
3 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis – perah ambil airnya garam & gula secukupnya
½ cawan kacang tanah goreng – tumbuk kasar
Cara2nya:
Gaulkan kesemua bahan dan terus boleh dihidang. Jika waktu makan masih lama.. jgn dicampur lagi kacang tanah tadi.. bila hampir nak menghidang barul

URAP
1 keping tempe - hiris kecil dan goreng garing
2 keping tauhu - goreng & hiris kiub
2 kecil 8 tangkai kangkong - cuci bersih & ikat dipangkal dgn getah gelang celur hingga lembut angkat, tos & potong 1 inci bermula dari daun...
8 tangkai kacang panjang
2 gengam tauge
Bahan sambal:
1/2 biji kelapa parut putih
25 gram udang kering, direndam - kisar
4 biji lada kering -kisar
8 biji cili padi kisar 2 biji bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1/4 inci belacan -kisaR
4 biji cekur -kisar
2 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa
1/4 gula melaka
sedikit air asam jawa
cara-caranya:
Tumis rempah kisar hingga wangi, Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam, perasa dan kemudian masukkan kelapa parut. Masak hingga kelapa agak kering sebati dengan rempah. Masa nak menghidang.. ambil sayur2an yg dah dicelur tadi, tempe dan tauhu dan gaulkan dengan sambal kelapa tadi. Boleh dimakan begitu saja... atau dibuat sebagai lauk nasi.

NASI TOMATO
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
190g minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin)
2 cawan susu carnation
1.8 leter air rebusan yang cair (bleh lau nk guna ciub chick stock)
daun sup yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
bhn dikisar:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
cara-caranya:
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun so

NASI AYAM HAINANESE
CHAR KUEW TEOW
1 bungkus kuew teow
4 ulas bawang putih di ketuk
1 biji bawang besar di tumbuk kasar
2 sudu cili boh (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
Sedikit udang,kerang dan hirisan ayam (letaklah apa2 yang disukai)
Daun kuchai
Tauge
Tauhu basah ( digoreng dan dihiris)
2 biji telur
Sedikit sos tiram dan kicap manisGaram secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang,sup dan bawang goreng untuk hiasan
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panas minyak, masukkan bawang putih hingga berbau wangi dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan cili boh dan tumis.
3. Masukkan pula isi ayam,udang dan kerang.
4. Masukkan sos tiram,kemudian masukkan sedikit air.
5. Apabila mendidih masukkan kuew teow dan masukkan kicap,gaul hingga rata
6. Masukkan telur,kemudian masukkan tauge dan daun kucai.kacau dan angkat dan taburkan dengan sedikit daun bawang,sup,bawang goreng dan tauhu, sedia untuk di hidang.
MEE SIAM
sedikit daun kucai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
25 tangkai lada kering (direndam)
3 sudu besar udang kering (direndam)
sedikit garam dan gula
cara²nya :-
3) bila dah panas masukkan bahan² yg telah dikisar tadi.
20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
1 1/2 biji bawang besar = dikisar
2 biji bawang putih = dikisar
segenggam asam jawa
2 senduk gula dan garam secikip rasa
1 1/2 liter air
6 sudu kacang tanah = dikisar
1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)
tumiskan kesemua bahan² yang dikisar tadi
bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam² manis.... baru ada power!!!
bahan² untuk hiasan :-
daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)

MEE BAKSO
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
UTK BEBOLA:
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
UTK KUAH:
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
UTK KUAH:
Tumbuk bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA:
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. akhir sekali tuangkan kicap cili padi.

MEE SOTO/HOON
1/2 ekor ayam air secukupnya
600g mee kuning (boleh diganti denga meehoon)
300g taugeh
2 biji kentang rebus
4 kuntum cengkih
6 kuntum pelaga
1 batang kayu manis
Bahan- bahan untuk dikisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar ketumbar biji yang disangar
1 sudu makan jintan halus yang disangar
1 sudu kecil jintan kasar yang disangar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
6 biji bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji buah keras lada putih secukupnya
Bahan2 taburan :
bawang goreng daun sop/bawang yang dihiris isi ayam yang disiat-siat begedil goreng
Sambal lada padi:
15 tangkai lada padi ditumbuk dan dibancuh dengan kicap. Sambal kicap ini hendak lah pekat.
caranya:
Rebus ayam didalam periuk dengan air secukupnya untuk membuat kuah soto. Masukkan perencah kisar ,cengkih, pelaga, kayu manis, garam secukupnya dan masak hingga mendidih. Setelah ayam empuk ...angkat dan disiat-siatkan isinya untuk menjadi bahan taburan kelak. Buang segala tulang ayam. Didihkan kuah soto dan tambah kan garam dan serbuk lada putih jika perlu. Kentang yang telah di rebus, dikisar dengan sedikit kuah soto dan dicampurkan kedalam kuah. Untuk menghidang: Letakkan mee yang sudah dicelur kedalam mangkuk, letakkan sedikit taugeh di atasnya. Tuangkan kuah soto dan hiaskan bahan taburan diatasnya. Hidangkan ia bersama sambal lada padi.

MEE HOON GORENG
300g meehoon dicelur
100g daging batang pinang dihiris tipis
100g udang basah dibunag kulit
150g sotong dibersihkan dan buangkan dakwatnya
dan dipotong sedikit fishcake atau fishball dihiris atau dipotong ikut suka
6 biji bawang putih dikisar halus
1 cube chicken stock
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada sulah( white pepper)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (optional)
1 ikat sayur sawi (chye sim) yang dipotong
50g shitake mushroom dihiris (optional)
2 biji tomato dipotong 4
garam secukup rasa
tauge secukupnya (buang ekor)
cara-caranya:
Panaskan kuali.. dan isikan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih yang dikisar hingga wangi. Jangan sampai hangus. Masukkan batang2 sawi, hirisan daging, udang, sotong, fishcake/fishballs dan tumis hingga daging empuk. Masukkan cube ayam dan oyster sauce, white/black pepper dan garam secukup rasa. Bila telah sebati.. masukkan beehoon yang telah dicelur. Gaul hingga rata. Akhir sekali.. masukkan sayur sawi, tomato dan tauge.. Gaul sebentar dan matikan api. Hidangkan bersama cili cuka lada hijau.

MEE LAKSA
bahan-bahan:
1 paket sphagetti (direbus bersama air dgn sedikit minyak atau bleh gak gunakan mee laksa)
bahan blend:
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
ikan kurau
udang basah 100gm
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
bawang putih 4 ulas
bahan B:
serai - 2 batang diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Bahan Hias:
yong tao foo
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
taugeh
Daun kesum
Sambal Belacan :
lada merah 5 biji (kalau suke pedas bleh tambah lada padi)
Belacan 30 gram dibakar
bawang putih 1 ulas
1 sudu kecil gula
cara-caranya:
rebuskan ikan, udang, udang keringikan kurau dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
Sambal belacan
cara-caranya:
rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.

MEE REBUS
1 mangkuk udang geragau

SAMBAL SOTONG
IKAN BAKAR TOM YAM
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
Cara Memasak:
SWEET AND SOUR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit
Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa minyak
Cara Memasak:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.
SAMBAL IKAN BILIS TEMPE
Bahan-bahan:
1 paket tempe [potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan]
Cara Memasak:
SAMBAL IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

IKAN BAWAL MASAK TAUCU
Bahan-bahan:
2 keping Ikan bawal [boleh gunakan ikan merah, tongkol atau kembung]
Cara Memasak:

KARI KEPALA IKAN MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor kepala ikan merah [dibersihkan dan direndam dgn sedikit asam dan garam]
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup ap

SUP IKAN MERAH BEREMPAH
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan
bahan-bahan rempah:
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam*
1 keping hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah sup
1 1/2 camca besar rempah kurma Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan. Satukan bhn2 kisar dgn rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

CELOK IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
1 kilo ikan merah - dibersihkan dan direndam dgn sedikit air asam dan garam
1 biji bawang besar] dihiris*
4 ulas bawang merah] blender *
3 ulas bawang putih]*
1 inci halia] *
1 inci belacan ] *
2 tangkai cili merah dan hijau] *
1/2 ici hirisan lengkuas] *
1 btg serai] *
3 biji limau kasturi
1 cawan air asam
1 sudu ketumbar] *
1 sudu jintan manis] *
2 ulas daun limau purut
1 btg timun ] * dipotong seperti nak uat rojak
500ml air
cara-caranya:
masak 500ml air atas api. masok kan bahan blender tadi. masak hingga ia mendidih. tuangkan air asam bersama perahan limau tadi dan bahan hirisan setelah air mendidih masok kan pula ikan dan didihkan selama 6 minit, barulah di matikan api. hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan...
IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG
bahan-bahan:
1 kilo ikan tongkol - dibersihkan dan direndam bersama air asam dan sedikit garam
1 biji bawang besar] semua dihiris
3 ulas bawang putih]
2 btg cili merah dan hijau]
5 tangkai cili padi - kalau korg nak pedas ar..
1 inci halia]
1 btg serai]
1 sudu kunyit serbuk
1 cawan air asam
3 biji limau kasturi
5 btg bendir - dibelah 2
5ooml air
cara-caranya:
panaskan sedikit minyak. tumis kesemua bahan hirisan tadi sehingga harum. masok kan air asam serta perahan limau . gaul sebentar dan tuangkan air . tunggu sehingga mendidih barulah dimasok kan ikan tadi dan didih kan sebentar lagi barulah dimatikan apinya.

ASAM PEDAS IKAN PARI
Bahan-bahan:
500 gm ikan pari [bersihkan dan direndam sebentar bersama air asam dan sedikit garam]
Cara Memasak:

SAMBAL IKAN TONGKOL
Bahan A:
Cara Memasak:
1. Ikan tongkol diptong 4 dan basuh bersih. Toskan2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendideh. Biarkan semalaman.3. Angkat ikan tongkol rebus dan goreng dalam minyak.4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.5. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan ikan dan tapiskan].6. Masukkan ikan dan biarkan mendideh.7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.9. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih dan sayur lemak putih..

SOTONG MASAK HITAM
bahan-bahan:
1 kilo sotong basah - bersihkan sotong dan jgn dibuang hitamnya
1 biji bawang besar ] semua dihiris
3 ulas bawang putih]
1 ibu jari halia]
1/2 ibu jari lengkuas]
1 btg serai ] di titik
2 helai daun limau
1 cawan air asam jawa
3 biji limau kasturi
cara-caranya:
panaskan minyak. tumis bahan hirisan tadi sehingga naik aromanya. setelah sedikit layu masok kan sotong bersama hitamnya , gaul hingga rata . setelah itu masok kan air asam jawa dsan dibiarkan mendidih selama 6 minit barulah dimatikan api.
SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan:
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
Cara Memasak:

LEMAK UDANG CILI API
500 gm udang besar [bersihkan]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 helai daun kunyit
8 biji belimbing buluh
1 biji sedang kobis
garam
Bahan blender:
20 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 batang serai
3 cm kunyit hidup
1 cawan air
Cara Memasak:
1. Masukkan bahan mesin , terung, udang, daun kunyt dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh.2. Masukkan santan pekat dan belimbing buluh dan kaicau sehingga mendideh lagi.3. Rasakan garam dan tutup api.4. Hidangkan.
LEMAK SIPUT SEDUT
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 santan pekat ]
1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
Bahan blender:
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

SAMBAL KERANG
Bahan-bahan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.3. Masukkan gula dan garm, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.4. Masukkan kerang dan bawang besar. Kacau rata.5. Biarkan sebentar supaya bawang agak layu dan tutup api.6. Hidangkan dengan nasi biasa/nasi lemak atau mee kari.

SAMBAL GORENG PENGANTIN
½ kg daging/ tetel, direbus, dipotong dadu dan digoreng
½ kg paru, direbus, dipotong dadu dan digoreng
10 batang lada merah, dihiris dan digoreng
10 batang lada hijau, dihiris dan digoreng
10 ulas bawang putih, dihiris dan digoreng
5 tangkai lada kering, digunting serong tipis dan digoreng sekejap
2 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
½ cawan lada kering yang telah dikisar
1 biji kelapa dijadikan -1 mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 cawan bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis
Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis lada kisar dan masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis sehingga naik bau dan garing.
Masukkan santan cair yang telah ditapis dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Masukkan daging dan paru yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng dan akhir sekali bawang goreng.
Masak sehingga kuahnya mendidih dan memekat sedikit menyerap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata.
Padamkan api dan lauk sedia untuk dihidang.
DALCA TULANG RUSUK
Bahan-bahannya:
300 gm daging rusuk
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara membuat:
Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.

BISTIK DAGING
Bahan-bahannya:
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk kisar:
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
Cara membuat:
Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

BAGEDIL DAGING
Bahan-bahannya:
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang - digoreng terlebih dahulu
2 biji telur
3/4 cawan bawang goreng
50cent daun sup, dicincang
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Cara-caranya:
Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat bersama garam dan serbuk lada putih. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat.masok kan bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri. celup dalam 2 biji telur tadi .Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing.

SIRLION STEAK
400g stik US sirloin
1 biji kentang - dibakar
1 biji jagung
1 biji tomato
Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli
Seasoning steak - kat NTUC ade jual beb
bahan sos:
1 ulas b.putih- cincang
2 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - nie korg bleh dptkan kat cold storage aje ntuc jarang nampak
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
2 biji tomato - buang biji + cincang
1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara :
Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je. Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat. Bubuh daging dan sayuran dl

DAGING MASAK HITAM MANIS
Bahan-bahan:
500 gm Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dihiris
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos Sedikit air Minyak Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak. tumiskan bahan kisar hingga wangi. kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing. masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air. akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar. kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

DAGING MASAK KICAP
bahan-bahan:
1 kilo daging
1 biji bawang besar ] blender
4 ulas bawang putih]
2 inci halia]
1 btg serai -dititik
1 sudu ketumbar]
1 sudu jintan manis]
10 tangkai cili kering ] (kalau nak gunakan cili powder pun bleh beb..)
5 biji kentang - digoreng dahulu
2 ikat suun - direndam
1 btg kayu manis
1 biji bunga lawang
3biji bunga cengkih
3 biji buah pala
2 biji bawang besar - dihiris bulat (utk hiasan)
1 botol kecil kicap manis -cap kipas
1/2 cawan kicap masin - cap kipas
2 biji tomato - dipotong 4 (utk hiasan)
cara-caranya:
panaskan minyak. tumis bahan blender. masok kan campuran kayu manis .tumis sampai sedikit garing. masok kan daging didihkan sampai empok barulah dituangkan 2 jenis kicap tadi didihkan sebentar dan akhr sekali masok kan kentang goreng, bawang hiris , tomato dgn suun tadi masak 5 minit baru di angkat dan hidangkan.

SAMBAL DAGING
½ kg Daging
Bahan dikisar:
relax 1 corner
RESEPI MASAKAN
-
▼
2008
(78)
-
▼
December
(54)
- DAGING MASAK HITAM MANIS
- SIRLION STEAK
- BAGEDIL DAGING
- BISTIK DAGING
- DALCA TULANG RUSUK
- SAMBAL GORENG PENGANTIN
- SAMBAL KERANG
- LEMAK SIPUT SEDUT
- LEMAK UDANG CILI API
- SAMBAL UDANG PETAI
- SOTONG MASAK HITAM
- SAMBAL IKAN TONGKOL
- ASAM PEDAS IKAN PARI
- IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG
- CELOK IKAN TONGKOL
- SUP IKAN MERAH BEREMPAH
- KARI KEPALA IKAN MERAH
- IKAN BAWAL MASAK TAUCU
- SAMBAL IKAN BILIS PETAI
- SAMBAL IKAN BILIS TEMPE
- SWEET AND SOUR
- IKAN BAKAR TOM YAM
- SAMBAL SOTONG
- MEE REBUS
- MEE LAKSA
- MEE HOON GORENG
- MEE SOTO/HOON
- MEE BAKSO
- MEE SIAM
- CHAR KUEW TEOW
- NASI AYAM HAINANESE
- NASI TOMATO
- URAP
- KERABU MANGGA
- LEMAK PUCUK UBI
- LEMAK TENGGIRI NENAS
- NASI LEMAK
- NASI MINYAK
- SAMBAL GORENG KICAP
- SAMBAL TELUR
- ROTI JALA
- AYAM MASAK BALI
- MEE GORENG
- BUBUR OAT DAGING
- SAMBAL IKAN BERLADO
- KENTANG TELUR
- SUP TULANG
- KUAH RAWON
- GADO-GADO
- KACANG PHOOL
- KEEMA
- KUAH LONTONG
- SERUNDING PARU
- NANGKA MASAK LEMAK
-
▼
December
(54)